1) IKHLAS KAN NIATMU.
Keiklasan hanya terzahir di kataan (AKHLAK KATA) sahaja akan merugikan diri sendiri tanpa melihat dan meletakkan ke hati(BATHIN HATI) atau(QOLBU HATI)ketika mulai rasa mahu beramal kepadanya(BERIKHLASLAH)terlebih dahulu kepada (SANG PECIPTA)yang (MAHA AGUNG)iaitu(MEMBERI TANPA IMBALAN)tanpa(RIAK DAN TAKSUB)maka terzahir (KESUCIANNYA) melalui(ZAHIRNYA) di(BHATIN ZAHIR AKHLAKNYA)yang (TERUNGKAP) mempunyai(KEIKHLASAN) yang jelas(KEBERUNTUNGAN DI KESELURUHAN KERIBAANNYA)dalam (NAUNGANNYA).
Di dalam ikhlas tersimpan akan sebuah keredhaannya,untuk mencapai maksud dan erti sebenar terlalu banyak halangannya dan cabarannya yang hendak ditempuhi sehingga tercapai akan matlamatnya,sebuah pengorbanan hati di diri yang benar beriman akan beroleh kejayaannya di dalam beramal yang benar ikhlasnya.
Di dalam meniti arusnya tahap kesabaran hati serta kesyukurannya di dalam akan sesuatu nikmatnya kejadian diantara manusia kepada manusia lainnya juga,musibahnya,bencananya yang di berikan kepada setiap individual tersebut hendaklah tercapai dan di hadamkan terlebih dahulu makna dan ertinya dalam sebuah takdir(qadak dan qadarnya)sebenar,adalah pemberian Rabbnya yang tidak dapat disangkal atau terubah dengan sebuah doanya walaupun dengan usahanya tetapkan sebegitu kejadiannya adalah yang di berkehendakan olehnya,jika ini telah di ambil tahu dan paham maka sebuah ikhlasnya akan tercapai akan keertiannya.
Berbuat amal baiknya kepada manusia lain mengharapkan imbalannya adalah menjadi kemurkaan Allah Azzawajalla,sedangkan segala akan sesuatu apa pun yang kita punyai termasuk akan tenaga,kederat selain dari kebendaannya harta didunia ini sahaja milik yang (Esa),tiada satu pun kita punyakan hanyalah sebuah pinjamannya di atas dunia ini,maka segalanya hendaklah diguna pakaikan di jalan yang di redhainya sahaja yang memberkatikan kehidupan kita di dunia dan akhiratnya maka mengapa perlu di pertikaikan dan di jadikan bahan hujahnya mengapa kita tidak pernah mahu mengenali apakah maksud yang tersurat dan tersiratnya di dalam makna dan erti sebuah ikhlas sebenar adalah tidak benar jika masih sukar melafazkan ikhlasnya di hati bersaksi Rabbnya akan tertuntut Rabbnya di akhirat kelak.
Di dalam rezeki kita juga mempunyai sebahagiannya rezeki untuk insani lainnya maka renungkan dan selamat beramal yang ikhlas.
Apa sahaja sesuatu pemberiannya adalah sebuah rezeki,ilmu,kepandaian,kesenangan,kekekayaan,dan sebagainya.
Redhailah ke atas diri sendiri terlebih dahulu di atas akan sesuatu yang kita punyai,segala ujian yang di jalani dan dihadapi,segala pemberian di atas kebaikan berupa ketolongan atau bantuannya kita kepada manusia lainnya tanpa mengharap balasannya yang setimpal di dunia kepada insaninya juga mengharap imbalannya dari Rabbnya dengan mengira-ngira akan berapa banyak amalan wajib,sunnat dan lainnya pasti ikhlas itu milik hati insaninya atau ummatnya yang di redhainya di dunia dan akhiratnya.
Di dalam redha itu tersimpan sebuah sabar,iklas,syukur yang sebenar di dalam sebuah keniatannya yang diredhai.
Berpeganglah pada arasynya Allah Azzawajalla pasti kita tidak mudah melatah dan sentiasa berasa kecukupannya di atas pemberian apa sahaja kepada insani lainnya di dalam harta,kederat(tenaga)masa dan waktu yang tidak akan terungkit lagi dan tidak akan terdengar lagi akan keluh kesahnya kata (zahir hati )adalah yang sebenar ikhlasnya memberi.
Sedarilah dan insafilah sebelum terlewat untuk merangkul makna dan erti yang sebenar di dalam amalannya yang diterima dan di redhainya di dunia hingga membawa ke akhiratnya.
2) DIFINISI IKHLAS.
Jika lidah menyebut "sahaja aku..." itu cuma lafaz pada lidah dan belum lagi dinamakan niat. Lafaz itu merupakan cita-cita untuk melakukan sesuatu, mungkin datang dari hati yang benar-benar ikhlas dan mungkin juga merupakan sebuah azam yang wujud kuat ketika itu.
Lafaz juga digunakan untuk mengingatkan diri sendiri supaya niat dibetulkan. Allah SWT itu Maha Mendengar baik diucapkan di lidah mahupun hanya terdetik di hati sedangkan manusia hanya mampu menganalisa ucapan yang terdengar pada telinga. Sering berlaku sesuatu yang kita dengar dan lihat tidak sama dengan hakikat yang sebenarnya.
Hati,lidah dan perbuatan perlu mencapai satu kesatuan yang luhur barulah amalan itu diterima disisi Allah. Hati yang menjadi raja bagi setiap tindakan akan menentukan seluruh amalan lidah dan perbuatannya.
3) Firman Allah:
"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, dengan teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat. Yang demikian itulah agama yang benar"
(Surah al-Bayyinah, ayat 5)
Ikhlas ialah sesuatu amalan yang tidak ada kongsi matlamat selain daripada Allah dan matlamat Akhirat(tiada kepentingan selain Allah). Sesuatu amalan yang hendak dilakukan atau yang sedang dilakukan akan melalui sempadan niat yang bercabang-cabang sehinggalah ia tetap pada niat yang lurus dan satu. Tidak ada ruang pada lidah untuk mencari pengaruh luar bagi mengucapkan perkataan "Saya ikhlas".
Ikhlas itu adalah amalan antara kita dengan Allah kerana ia adalah urusan antara makhluk dengan Khaliq(Pencipta) yang Maha Halus pengiraanNya. Hati juga tidak perlu bersedih apabila keikhlasan itu dipertikaikan orang kerana sudah menjadi hakikat yang sebenar bahawa ikhlas itu tetap menjadi rahsia yang hanya mengetahuinya ialah Allah SWT.
Namun begitu setiap yang wujud ada tandanya. Tanda-tanda ikhlas dalam niat dapat dilihat kepada ketahanan seseorang menempuh ujian yang panjang apatah lagi ketika saat genting dan memerlukan pengorbanan dirinya.
4)PEMAHAMAN IKHLAS
Seekor burung nuri boleh mengungkapkan lafaz niat yang tepat tetapi burung tersebut tidak upaya merasai lafaz itu dilubuk hatinya apatah lagi untuk memperjuangkan niat dalam sebuah wadah perjuangan. Inilah yang membezakan kita dengan haiwan maupun haiwan itu boleh diajar berbicara.
Namun begitu lafaz pada lidah juga membantu hati untuk membentuk kebulatan niat kerana niat tidak boleh wujud dalam keadaan bercabang. Niat awal yang bercabang akan menjadi masalah dalam pembentukan kesatuan niat. Ini lebih parah dalam jemaah yang ramai kerana apabila tidak wujudnya kesatuan niat maka tidak wujudnya kesatuan berfikir dan kesatuan tindakan, dan lama kelamaan ia akan menghancurkan sesebuah organisasi walaupun sekukuh mana organisasi itu wujud.
Untungnya, niat boleh diluruskan dalam sepanjang perjalanan bersama. Ia memerlukan proses pendidikan yang panjang dan tidak mengalah dengan cabaran. Kesemuanya bertolak dari kesedaran dalam hati.
Kita membaca di dalam doa iftitah:
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana Allah, Tuhan Sekelian Alam."
Allah swt memberikan masa yang cukup pada kita untuk menyemak dan membetulkan kembali sebuah niat dan sekiranya niat itu sudah tidak sempurna lagi cepat-cepatlah untuk membetulkannya kembali.
5)KESIMPULAN IKHLAS DALAM ERTI SEBENAR.
Niat dalam sesuatu usaha itu boleh berubah sesudah wujudnya kejayaan atau kegagalan.
Niat yang tiada berikhlas melaksanakan akan tuntutan Rabbnya mendatangkan akan kesyirikannya beramal kepada penciptanya mendatangkan sebuah kesalahannya di dalam beramal ibadah yang soleh dan solehah.
ifinisi;-1)Memberi tanpa minta balasan yang setimpal dari manusia yang menerima akan sesuatu kebendaan,keadaan,kejadian,dalam menyalurkan akan kederat tenaga,masa.
2)Berbuat akan kebaikan,beramal,ibadah tanpa mengharapkan balasan imbalannya semata adalah melaksanakan sebagai tuntutan kepada Rabbnya
Setiap perbuatan amal baik atau kebajikan dari manusia kepada manusia yang(haqq)di atas tuntutan Allah Azzawajalla yang(haqq)di atas bahu setiap insaninya dalam derma,menguruskan(masa,waktu,tenaga)kepada badan yang berwajib seperti surau,masjid,rumah anak yatim,janda,rumah orang tua,juga kepada individu perseorangan telah selesai tugas atau terlaksanakan jika di ungkit dalam situasi yang waras atau sedar jika di ceritakan atau di bicarakan kepada telinga yang lain tentang amal kebaikannya yang di perbuat akan tertolak akan amalannya merugikan diri yang menciptakan sendiri hingga boleh menimbulkan akan kefitnahanya kepada diri sendiri kepada yang mendengar juga mendatangkan akan ghibahnya.
Berbuat amal baiknya juga serta tuntutan(wajib dan sunnat,harus)seperti melakukan haji,umrah,puasa,zakat,solat dan sebagainya di dalam marhabah tersebut telah teramalkan dan setelah itu dengan niat,tidak berniat,disedari atau tidak dengan bangga,riak,sombong,ujub,angkuh serta hebatnya diri menceritakan akan kedudukannya yang terpuji disisi Rabbnya dan merasa cukup amalnya itu adalah membuatkan dirinya berada di tingkat paling atas(Syurga tempatnya) di bandingkan manusia lainnya yang tidak setaraf amalan sepertinya beranggapan dari pandagan mata zahirnya kepada mereka cukup hina,keji,dengan berani mengatakan mereka pemalas,kufur dan lakhnatnya tidak mahu berbuat amal kebajikan juga untuk mengerjakan perintahnya dengan berani menghukumkan sendiri mereka itu tidak akan masuk syurga dan neraka tempatnya telah menyakiti hati manusia lain dengan hinaanya berupa perkataan yang terdengar di telinga mereka,(jika matinya tidak sempat untuk memohon maafnya dan tidak tegerak hati mereka untuk memaafkan)maka segala akan kebaikan,amalan yang di pertuntutkan sebagai bekalan ke akhiratnya sendiri akan menjerumus menjahanamkan dirinya sendiri akan terhitung nilaikan.
1)Di dalam tuntutan amalanya dalam rukun hajinya pula tidak mendapatkan haji yang mabrur(amal yang sah di terima)jika diri masih lagi bersikap dengan memasangkan hati yang kufur dan kejinya kepada insan yang terlihat tidak sempurnanya maka ternilai mabrur atau tidaknya juga dari ibadah hajinya sepatutnya setelah pulang dari tanah suci mekahnya peradaban dalam niat hati,kelaku kata dan perbuatan diri dapat merubahkan jati diri sebagai seorang muslimnya setelah mensucikan diri dari dosanya tetapi diri semakin angkuh dan bongkak dengan status dirinya yang telah di sahut illahinya ke tanah suci mekah(merasa sudah cukup bersih dan sempurnanya diri)
2)Sesetengahnya mereka yang telah selesai melakukan ibadah hajinya terlalu taksub(menceritakan kesana sini tanpa merasa segan silu di depan Rabbnya bangga sudah pernah atau beberapa kalinya ke mekah)
3)Bangga diri sifat ujub,riak taksub dengan gelaran atau pangkat hajah dan hajinya hingga marah tidak puashati apabila tidak memangil nama mereka beserta gelaran haji atau hajjahnya higga timbul diri yang duduk di dalam kesombonganya diri yang mahu di sanjung dan di segani oleh masyarakat sekelilingnya(mengangap dirinya mempunyai derajat yang patut di sanjung dan puji)
4)Tiada memberi manfaat jika derajat,pangkat,kesenagan,kekayaan jika diri yang bersikap kufur di depan Rabbnya membanggakan diri dengan kesombongan masih melanggar perintahnya dan larangannya.
Jika masih diri yang tiada kesedaranya maka diri yang menolak kebenaranya adalah diri yang telah memilih jalan kehidupannya sendiri tanpa mahu di tegur lagi oleh manusia lainnya dengan sengaja menempah dirinya untuk ke jalan yang tidak di redhainya kerana syurga dan neraka itu sebuah pilihan sendiri yang mana menjadi pilihan di situ di letakan di akhirat kelak.
'HANYA DIRI SENDIRI YANG MAMPU MENILAIKAN UNTUK MERUBAHKAN KE ARAH PEMBAIKANYA DIRI JIKA TERSEDAR DIRI YANG TERSASAR DI LANDASAN YANG BENAR,"
AJARKAN DIRI UNTUK BERAMAL IKHLAS YANG SEBENARNYA.
'Hidup ini sebuah belajar,"
Ulasan
Catat Ulasan